Thursday, December 1, 2011

Di Penghujung


Salam Ukhwah....

Akhirnya kita b'ada di p'hujg 2011, sekejap je masa b'lalu kan.. tau2 je dh ada lam bulan 12... dh mcm2 perkara yg b'laku dlm hidup kita kan.. ada suka, ada duka... Ada ketawa, ada airmata...
Ada yg sedh kerana kehilangan org yg t'sayg.. x kesahlah hilg scra hidup ke scra mati... mcm gadiz hilg org t'sayg.. tapi hilg hidup.. putus cinta ler... :(

Tahun nie gak ramai yg dh m'dirikan rumah tangga.. dh smpai masa mereka.. xkurang jugk yg dapt anak, cucu, cicit... Agak2nye turn gadiz tahun depan ke erk?? hehhe.. Calon pun xda g..
Hati mash t'luka.. Sentap !!!!

Habis tahun 2011, b'makna dh setahun jugakla gadiz "tanam anggur tak b'buah"... cuma ada wat bisnes scra kecil kecilan je... insya Allah tahun depan akan kerja b'sungguh2.. Insya Allah....

Apa yg pentg, stiap perkara yg dh b'lalu tue jadikan pedoman n pengajaran dimasa hadapn.. & b'sedialah utk m'hadapi apa jua dugaan & cabaran yg akan dtg... Insya Allah jika di-izinkan, di panjgkan usia.. kita akan b'jmpa dgn 2012.. Insya Allah...




Wednesday, November 16, 2011

Sukar Memahami


Salam Ukhwah...

Gadiz sygkan dia.. tapi gadiz tak faham tentg diri dia,gadiz akui gadiz hnya bru sekali b'jumpa dgn dia, slma nie hubgan p'shbatan kami hnya t'jalin melalui FACEBOOK, YM, mesej & kol je hampir stiap hari....

Dia juga sygkan gadiz, selalu merindui gadiz, tapi adakala dia sukar di fahami...
Maksudnyer... kdg2 dia hepy gile, b'gurau... & kdg2 dia mnjdi pendiam, slalu bad mood.. bila keadaan spt tue b'laku hmpir semggu 2 jugk la kmi tak b'hubg... Gadiz cuba memahami dia, tapi dia tak penah nk luahkan apa msalh dia, apa sebnarnya yg slalu dia fikirkan...

Sikap dia m'buatkan gadiz adakalanya rasa bosan.. coz dia dtg & pergi dri hidup gadiz sesuka hati dia jer.. tnpa fikirkan prsaan gadiz !!! Ya.. mmg kita hnya BERKAWAN, tapi bukankah s'org kawan jugk m'punyai hati & perasaan yg adakalanya t'guris dgn sikap acuh tak acuh dia tue...

Entahla.. mmg dia sukar di fahami.. wlau gadiz cuba memahami perasaan dia...




Tuesday, November 15, 2011

Cinta



Salam Ukhwah....


Cinta.. Semua org penah b'cinta.. Semua org penah rasa sakit n seronok tatkala b'cinta.. mcm tue gak ngan gadiz.. sakit n seronok yg dirasakn tue smpai kini mash kuat trpahat dlm hati nie, smpaikan sukar nk m'nerima cinta dari org lain....

Bagi gadiz cinta yg t'akhir tuelah paling indah & m'nyakitkan.. cinta tue jugak yg m'matangkan gadiz & m'buat kan gadiz lebih tabah utk m'harungi k'hidupan nie... Segala harapan, semangat, k'kuatan, smuanya ada dlm cinta tue...

Tapi kita hanya merancg Allah yg m'nentukan sgalanya, begitu jugk lah b'akhirnya cinta gadiz kerana tiada restu dri pihaknya & p'rubahan hati & perasaannya sndri.. Apa yg diangankan slma cinta tue mekar, layu dgan tiba2... Wlau jauh di sudut hati gadiz t'amat kecewa & sedih, gadiz kena trima hakikat & kenyataan hidup...

Sehingga kini gadiz mash sndri, kerana mash m'cari cinta serasi spt cinta gadiz & dia... :)
Tapi dia dh pun b'bahagia dgn pilihannya & restu family dia.. :(
Entah smpai bila gadiz akan menyendiri.....


Sunday, November 13, 2011

Mimpi !!!!

Salam Ukhwah.....

Mimpi dialah !!!! hehe... Mayb kebelakangan nie selalu fikirkan dia.. Xtaulah kenapa... Dia sukakan gadiz, dia sgt2 saygkn gadiz, tapi nape gadiz tak boleh trima dia lebh dri s'org teman baik? @ Gadiz sendiri yg x pernah bgi Align Centerdia peluang utk dia? Mungkin....

Gadiz pun sygkan dia, & cuba utk terima dia lebh dri s'org teman.. Tapi tak boleh.. kenapa ye??
Gadiz tak nak t'lalu m'maksa dlm soal hati & p'rasaan.. Tapi mgkin ini yg t'baik utk gadizkan... Gadiz penah byangkan andai suatu hari nt gadiz b'kahwin jugk dgan dia, klakar sgt rasanya & t'lalu kekok utk m'jadi isteri dia apatah lagi nk m'jalankn tanggungjawb sbgai isteri !!!!

Memg tak jangka akan mimpi mcm tue, mcm reality jer rasanya... Masih dapt rsa genggaman tgannya yg kuat, ekspresi muka dia waktu bgi gadiz teddy bear, air muka dia s'waktu m'luahkan prsaan dia bahwa dia sgt2 sygkan gadiz, akan jga gadiz s'baik mgkin & smpai bila2 smpai m'nitis air mata dia !!! Gadiz?? waktu tue muka blur jer....

Fuhhhh... Nasib baik mimpi, klu betul2 mau cair jugak hati gadiz nie.. hehehe... Entah apa sebenarnya prsaan dia pda gadiz erk?? Dulu penah gak tnye.. dia kte dalm hati dia cuma ada gadiz jer.. betul ke??? Leh pecaya ke?? Hanya Allah s.w.t jer yg tau sgalanya....

Tapi klu Yang Maha Esa dh tentukan dia adalh jodoh yg t'baik utk gadiz.. sbgai hambanya gadiz akan redha dgn apa jua yg telah ditetapkan & insya Allah akn m'jalankn tanggungjawb itu s'baik yg mungkin.. Amin....

Tuesday, September 27, 2011

Aku kehilangan dia...

Salam Ukhwah


Ya Allah, sekali lagi kau berikan aku dugaan nie... Kau semaikan prsaan kasih, syg, rindu dalm hatiku.. dan Kau jua hilangkan perasaan itu, namun ku redha dgn sgala takdir dan kehendakMu Ya Rabbi.. sesungguhnya hnya Engkau yg Mengetahui sgalanya...

Ya Rahman, biarpun prsaan itu hnya sekadar teman, tapi aku tetap merasa kehilangannya.. sgt2 terasa... Ku mohon padaMu, ku sujud padaMu Kau temukanlah kami semula walau dlm apa jua keadaan, sesungguhnya hati aku amat2 merindui dia Ya Allah.. hnya Engkau yg mengetahui apa yg ku rasa kini

Kau leraikan lah segala kekusutan nie, Kau tenangkan lah hatiku dgn jawapan darinya, Kau tabahkan lah hatiku, biarpun aku kini dlm keadaan tekanan, namun aku masih mampu bersabar dgn ujian Mu Ya Allah... Kau temukanlah kami walau dlm apa jua keadaan dan aku redha dgn segala ketentuan Mu... Perkenankanlah doa ku Ya Rabbi....



Thursday, September 15, 2011

Ketentuan Ilahi

Salam Ukhwah...

Tanggal 11/09/2011.. Tanpa perancangan tnpa diduga aku buat keputusan utk bertemu dgannya wat pertama kali.. setelah 4thun berkawn di alam maya tnpa bertemu 4 mata.. Tapi sejak awal Ramadhan 1/08/2011 entah dgn tbe2 knapa kami m'jadi t'lalu rapat n trus akrab hingga prsaan syg n rindu b'satu dlm hati kami... smua yg brlaku tnpa diduga.. dan inilah yg dikatakan takdir ilahi..

Semakin hari perasaan tue makin kuat dalam hati kami.. Ya Allah, seandainya dia yg telah Engkau ciptakan utk ku, KAU satukan hati kami dgn ikatan yg suci, KAU berkatilah hubungan kami, KAU permudahkanlah sgala urusan kami... Ya Rabbi, seandainya telah Engkau utuskan dia utkku seperti mana yg ku pinta dari MU.. KAU redhakan lah hatiku utk menerima baik dan buruk dirinya... Dan kau jadikanlah aku seorg isteri yg membawa suaminya ke syurga.. Amin..




Saturday, July 2, 2011

Dugaan Kaum Hawa !!!


Salam Ukhwah.....



Gadiz rsa hepy skang nie coz akan dapt anak saudra baru !!!! ermm brtambh meriah ler umah nie.. bru syokk !!!!.. tapi kesian lak tgk akak ipar gadiz nak brsalin.. dh brhari2 dok kat hospital xbrsalin lgi... smpai kan kena brsalin paksa.. n di cucuk!! oh tidak!!!

Wlau b'salin paksa tapi tetap sush jgak nk b'salin.. nape erk???????? mengikut kiraan doktor kandungan nye masih seminggu lebh lgi nak cukp 9 bulan... Adakh baby tue akn jdi anak pra-matang????

Memg azab sungguh org nak b'salin nie kan... mcm2 dgaan, dri mula mengandung smpailah dh b'salin n b'pantag.. dugaan2.. itulah btapa besar pengorbanan KAUM WANITA YG B'GELAR IBU !!!!!! Masya Allah..

Harp2 bial tbe msa gadiz nanti sgala2nya dip'mudahkan lah.. Insya Allah.........




Tuesday, June 14, 2011

Hargailah Ibu...


Salam Ukhwah...



"Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!" jerit Rizman.

Isk.. Isk.. Isk..Aku menangis, aku terkedu.
Ya Allah, Kau ampunkanlah aku Dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.
Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.
Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan Dan kaca.
Hamba-Mu ni alpa Dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...
Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.
Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang Dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hamba-Mu ini...

Aku mengimbau....
"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu Mata aja."

"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man. Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man Ada mak yang hodoh, Mata satu. Man malu mak!"
Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.
Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Dan kejayaan anaknya itu.
Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya. Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung.
Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya Dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.
Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato'. Dan mempunyai dua orang cahaya Mata - seorang putera Dan seorang puteri.
Hati ibunya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu. Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu Hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.

Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada Dan berjaya.

Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya Dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.
"Keretanya Ada, lagipun Hari ni Hari minggu, pasti anakku Ada di rumah" getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang Dan menanya, "Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?"

"Makcik nak jumpa dengan anak makcik"
"Anak makcik? Siapa?"
"Dr. Rizman TU anak makcik, anak tunggal makcik"
"Ooo... Sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan"

Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.
Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.
"Siapa kau wahai orang tua?"
"Man.. Anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung."
"Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu Dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?"
"Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni Mata satu, macam hantu!"
"Kau dengar TU orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau Cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!"
"Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa"
"Arghh.. Mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!"
Maknya menangis Dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya Dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai Dan hilang di puput bayu...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman rasa panas yang amat membara Dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,
"Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibumu yang melahirkan Dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!"
Rizman terkejut Dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hampir tujuh Hari berturut-turut dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya.
Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat Dan begitu sunyi.
Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

"Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?"
"Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?"
"Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?" herdik Fuad.
"Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?"
"Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru 2 hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah"
"Apa?"
Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!
"Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri."
Man mengambil surat tu dan membaca...

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,
Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.
Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.
Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.
Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.

Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.
Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.
Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.


"Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!" jerit Rizman.

*****
Dari Abu Hurairah R.A:
Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?"
"Ibumu." Baginda S.A.W menjawab.
"Kemudian siapa?",
"Ibumu",
"Kemudian setelahnya siapa?",
"Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi,
"Kemudian siapa?"
"Ayahmu" jawab Baginda Rasulullah S.A.W.
Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!

Saturday, May 28, 2011

Keliru.. Bingung...


Salam Ukhwah..

Gadiz rsa bingung sgt nak wat keputusan dlm hidup sndri.. keliru xtau apa yg patut gadiz wat.. kdgkala rsa nak bebas tnpa cinta.. tapi kdg2 perlukn jgak ia..

Tapi gadiz perluka s's'org yg ngam dgn cara hidup gadis yg XSUKA DIKONGKONG, XSUKA DIPERINTAH, XSUKA DENGAN KEMARAHAN.. XSUKA !!!!! XSUKA!!!!!



Bila dh jumpa dgn yg NGAM xda plak kepercayaan utk dia, myb sbb cara live dia sbgai bujang t'lajak.. xtaulak betul ke x t'lajaknya.. Wallahualam...

Bosan.. Rimas.. Keliru.. Bingung.. xtau apa yg patut di buat... Ya Allah kau kuatkan lah semangatku.. berikanlah aku petunjuk yang terbaik... Amin..


Friday, May 20, 2011

Padan Muka Aku !!!

Salam Ukhwah...

Rasa menyesal pun ada.. susah sungguh.. cakp lebh2 kta marah.. xcakp makin m'jadi2...
Dah tnya xnak ckap.. xtnye kta xambik tau.. Nie lah akibatnya sbb kesian.. padan muka aku... tanggungla masalh.. xda masalh cri masalah.. nak lepas mulut buaya mask mult naga.. Padan muka aku !!!!!!!!!!

Sunday, May 15, 2011

Nama - Nama Allah S.W.T

Salam Ukhwah..


AR-RAHMAN

MAHA PEMURAH

AR-RAHIM

MAHA PENGASIH

AL-MALIK

MAHA AGUNG

AL-QUDDUS

MAHA SUCI

AS-SALAM

MAHA SELAMAT SEJAHTERA

AL-MUKMIN

MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN

AL-MUHAIMIN

MAHA PENGAWAL & PENGAWAS

AL-AZIZ

MAHA BERKUASA

AL-JABBAR

MAHA KUAT

AL-MUTAKABBIR

MAHA MEMILIKI KEBESARAN

AL-KHALIQ

MAHA PENCIPTA

AL-BARI

MAHA MENJADIKAN

AL-MUSAWWIR

MAHA PEMBENTUK

AL-GHAFFAR

MAHA PENGAMPUN

AL-QAHHAR

MAHA MENENTUKAN

AL-WAHHAB

MAHA PEMBERI

AR-RAZZAQ

MAHA PEMBERI REZEKI

AL-FATTAH

MAHA PEMBUKA

AL-ALIM

MAHA MENGETAHUI

AL-QABIDH

MAHA PENGEKANG

AL-BASIT

MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT

AL-HAFIDD

MAHA MERENDAHKAN

AR-RAFI’

MAHA MENINGGIKAN

AL-MU’IZ

MAHA MEMULIAKAN

AL-MUZIL

MAHA MENGHINAKAN

AS-SAMI’

MAHA MENDENGAR

AL-BASIR

MAHA MELIHAT

AL-HAKAM

MAHA PENGHUKUM

AL-‘ADL

MAHA ADIL

AL-LATIF

MAHA LEMBUT

AL-KHABIR

MAHA MENGETAHUI

AL-HALIM

MAHA PENYANTUN/SABAR

AL-‘AZIM

MAHA AGUNG

AL-GHAFUR

MAHA PENGAMPUN

ASY-SYAKUR

MAHA BERSYUKUR

AL-‘ALIY

MAHA TINGGI

AL-KABIR

MAHA BESAR

AL-HAFIZ

MAHA PEMELIHARA

AL-MUQIT

MAHA PENJAGA

AL-HASIB

MAHA PENGHITUNG

AL-JALIL

MAHA SEMPURNA

AL-KARIM

MAHA PEMURAH

AR-RAQIB

MAHA MENGAWASI

AL-MUJIB

MAHA MENGABULKAN

AL-WASI’

MAHA LUAS

AL-HAKIM

MAHA BIJAKSANA

AL-WADUD

MAHA MENGASIHANI

AL-MAJID

MAHA MULIA

AL-BA’ITS

MAHA MEMBANGKITKAN

ASY-SYAHID

MAHA MENYAKSIKAN

AL-HAQ

MAHA BENAR

AL-WAKIL

MAHA PENTADBIR

AL-QAWIY

MAHA KUAT

AL-WALIY

MAHA PELINDUNG

AL-MATIN

MAHA TEGUH

AL-HAMID

MAHA TERPUJI

AL-MUHSI

MAHA PENGHITUNG

AL-MUBDI

MAHA MEMULAI

AL-MU’ID

MAHA MENGEMBALIKAN

AL-MUHYI

MAHA MENGHIDUPKAN

AL-MUMIT

MAHA MEMATIKAN

AL-HAYY

MAHA HIDUP

AL-QAYYUM

MAHA BERDIRI SENDIRI

AL-WAJID

MAHA PENEMU

AL-MAJID

MAHA MULIA

AL-WAHID

MAHA ESA

AL-AHAD

MAHA ESA (SATU)

AS-SAMAD

TEMPAT BERGANTUNG

AL-QADIR

MAHA BERUPAYA

AL-MUKTADIR

MAHA BERKUASA

AL-MUKADDIM

MAHA MENYEGERAKAN

AL-MUAKHIR

MAHA MENGAKHIRKAN

AL-AWWAL

YANG PERTAMA

AL-AKHIR

YANG AKHIR

AZ-ZAHIR

YANG ZAHIR

AL-BATIN

YANG BATIN

AL-WALI

YANG MEMERINTAH

AL-MUTA’ALI

MAHA TINGGI & MULIA

AL-BARR

MAHA BAIK

AT-TAWWAB

MAHA PENERIMA TAUBAT

AL-MUNTAQIM

MAHA PENGHUKUM

AL-‘AFUW

MAHA PEMAAF

AR-RAUF

MAHA BELAS KASIHAN

MALIKUL-MULK

MAHA PEMILIK KERAJAAN

DZUL-JALALI

MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN

AL-MUQSIT

PEMILIK KEADILAN

AL-JAMI’

MAHA MENGUMPULKAN

AL-GHANIY

MAHA KAYA

AL-MUGHNI

YANG MAHA MEMAKMURKAN

AL-MANI’

MAHA PENCEGAH

AD-DARR

MAHA MENDATANGKAN

AN-NAFI’

YANG MEMBERI MANFAAT

AN-NUR

MAHA PEMBERI CAHAYA

AL-HADI

MAHA PEMBERI PETUNJUK

AL-BADI’

MAHA PENCIPTA KEINDAHAN

AL-BAQI

MAHA KEKAL

AR-WARITS

MAHA MEWARISI

AR-RASYID

MAHA PEMBERI PETUNJUK

AS-SABUR

MAHA PENYABAR


Saturday, May 14, 2011

Love My Fren...

Salam Ukhwah....

Dah setahun lebih aku tggalkan KOLEJ KOMUNITI GERIK.. tapi kenangan t'indah waktu blaja dlu xkan kulupa.. wlapun hnya 2 thun.. Ikatan p'sahabatn kami kuat, wlau gaduh2 tapi besalah.. adat b'kawan..

Masih aku ingat lagi msa sem 1, kamilah yg paling baik, sopan santun.. hehe. masuk sem 2 tanduk dah tumbuh ckit.. sem 3 praktikal masg2 b'pecah.. mask jer sem 4.. glamor trus STM4 msa tue... ngan degilnya, kelas paling kecoh !!! hehe

Paling bestnye bila kelas dibatalkan.. alangkah indahnya hidup nie.. huhu... Paling xbestnye kena wat skecth smpai lebam mata.. muntah hjau nk melukis.. Ingt g msa tue Puan Aisyah lah yg palg bnyak dera kami... Tapi alhamdullillah berkat deraan dia tue, skang ada yg brjaya..

Klu msa dapt diputrkan balik.. nak jer aku ada masa blaja dlu, tpi nk time seronk jelah.. time asgment, skecth, kuiz ke ape ke.. xnak aku !!!

Itulah kali pertama dlm hidup aku m'punyai ramai kawn perempuan yg ngam.. mcm2 kenangan di kolej dlu.. tapi itu cerita setahun yg lalu.. skang rmai jgak yg dh smbung blaja.. ada yg keja... aku jer yang 'Tanam Anggur Tak Berbuah"...

To all my fren... Mekna, aling, sha, wawa, zue, ummi, ain, priya, mashitoh, mastura, shahir, wan, taufik, tajuddin, khuru.. best fren for ever n don't forget me !!!! Love u all...




Wednesday, May 11, 2011

Hidup Terasa Kosong

Salam Ukhwah...


Dh lama gadiz xjenguk blog nie... msti blog nie rsa keck ati coz aku xpdulikan dia.. sory erk syg.. tuanmu nie busy ckit.. tapi xtau bz ape erk.. huhu...

Entahlah kebelakangan nie rsa kosong je hidup nie.. ada teman mcm xda teman.. sebenarnya aku sndri xtau apa yg aku nak dlm hidup nie.. Skang aku dh 22 tahun tapi aku xtau mana hala tju hidup aku... aku seperti sebtg kayu yg hanyut di sungai.. ikut jer arus sungai tue.. klu trsadai kat batu.. situla aku brhenti.. tapi smpai bila aku nk trus mcm nie...

Nie plak hala tuju hidup au dlm m'bina k'bahagiaan.. realitinya aku ada BF.. tapi kenyataan nye xda cinta, xda syg dlm hati aku.. smuanya ats dsar kesian.. tapi untuk aku menarik dri aku xmampu.. krana itu akn menyaktkan hati dia s'umur hidp dia.. aku xmau jadi p'musnah hidup org.. Hakikat sebenrnya aku ingn sendrian, aku nk kosgkan hati aku... aku nk bebas tnpa cinta.. tapi mampu ke aku nk sakitkn ati dia.. Ya Allah hnya padamu ku mengadu...

Tapi alhamdulillah hatiku cukp tenang bila mengadap NYA.. mgkin inilah hikmah selma aku hidup.. kembali ke atas jalan NYA... Insya Allah...

Tuesday, April 12, 2011

Aku Redha...

Salam Ukhwah...

Bulan April... dulu gadiz sentiasa nantikan bulan APRIL.. tapi sejak tahun 2010 gadiz tak t'nanti2kan dh buln APRIL.. sbb bulan APRIL banyak nostalgia sedih n gembra.. yg sedh tue lebh melekt dijiwa b'banding yg gembira.. Apa2pun gadiz tetap redha..

Begitulah dugaan hidup pasti ada gembira n duka yg penting sntiasa b'doa n kuatkn smgat... :)

Friday, March 18, 2011

Semakin Hampir

Salam Ukhwah...

Kita sedar x yg dunia kta smkin hampir kiamat? Mgkin kita sedar tpi kita wat2 xsdar.. t'masuklah gadiz sndri.. tapi bencana TSUNAMI di jepun telah m'buka hati n fikiran gadiz utk m'mikirkan tentg kiamat...

Syukur alhamdulillah gadiz diberi k'sempatan untk m'mikirkannya dan jadikan iktibar... mcm2 dh jdi dlm dunia nie dlam tempoh yg xlma.. Tsunamai, rusuhan di mesir, gunung berapi meletus, tanah runtuh, gempa bumi dan mcm2 lagi..

Semoga kta diberi k'sedaran untk menginsafi dri masing2.. Insya Allah..

Pengajaran Hidup..

Salam Ukhwah...

Sedar x sedar dh di p'tengahan bulan 3 skang.. dh mcm2 prkara yg b'laku dan kita lalui.. ada yg sedih, ada yg gembira, pastinya pengajaran yg di terima m'buatkan kta akan lebh mghrgai hidup kta kan..

Thun nie m'beri bnyk pgjaran dlm hidup kau.. aku k'hilangan teman akrab, aku k'hilangan org yg t'syg.. t'nyata cinta selama 4 thun belum m'jamin aku akan memilikinya.. aku redha... namun smua yg b'laku aku lalui dgn setabah yg mgkin.. xada sesiapa yg bolh m'ceriakn hdup aku, melainkan aku sndri...

Sunday, February 20, 2011

Mereka Tidak Bersalah


Salam Ukhwah...


Makin maju dunia, makin berkembang kegiatan sosial, makin banyakla kes jenayah.. tapi lam bnyk2 kes jenayah yg ada, gadiz hanya t'sentuh dgn k'jadian kes p'buangan bayi.. kecian tul.. org lain yg buat slh.. org lain yg m'nanggung akibat.. gadiz bukanlah nk kta yg gadiz nie baik, xsosial, tpi mudah2an gadiz x akan t'pesong ke arah itu.. Insya Allah.. Moga Allah m'jauhkannya.. Amin...

Tapi disini gadiz nk ceritakan kes bayi luar nikah yg t'jadi, gadiz sendiri melihat situasi n kdaan itu..
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.. Subhanallah...

Cerita 1....

Cerita nie t'jadi msa tue gadiz di tingktan 4 @ 5, ada s'org hamba Allah tue telah mengandung akibt hasil dari k't'lanjurannya b'sama dgn s'org lelaki penagih dadah yg dbenci masyarakat.. selma mana rahsia itu nk dismpan krna akhirnya bocor jga, bgtulah dgn mereka.. hamba Allah nie pda mulanya nk gugrkan kndungannya, tapi ditegah oleh lelaki tue dgn alasan dia akan b'tggungjawab.. lam msa yg sma jga, hamba Allah nie telah diusir oleh keluarganya akibat tidk mahu menanggung malu.. Syukur Alhamdulillah keluarga pihak lelaki menerimanya sedgkn msa tue mereka blum b'nikah lgi.. dan syukur alhamdulillah jgak lelaki itu benar2 b'tanggungjawab t'hadap kandungan tue s'hggalah ianya selamat dlahirkan.. Setelah tamat tempoh b'pantang mereka dinikahkan, plbgai ujian n dgaan yg mereka lalui.. tapi siapalah kita hendak m'hukum mereka, benaralah kta pepatah s'suatu yg b'laku itu ada hikmahnya.. setelah 2 thun mreka m'dirikan rumahtangga, lelaki itu dah b'rubah sikap, dan hidup b'dikari.. dripda s'org yg dibenci masyarakat, kini dia dhormati.. dia jga dh brenti menagih dadah, malah makin rajin m'cari rezeki untk anak isteri, dirumah mereka b'cucuk tanam n m'ternak ayam.. Rezeki Allah smua usaha mereka b'baloi.. kini mereka hidup bhagia dgn 2 org anak, kuarga pihak perempuan jgak dah trima mereka.. kini bhagia m'jalani kehidupan suami isteri... dan anak itu tidak m'jadi mangsa zalim tapi m'besar dgn sihat!



Cerita 2...

Kisah nie trjadi msa gadiz bekerja di suatu tempat. Selama gadiz disana plbgai pgajran yg gadiz dapat.. antaranya kisah p'buangan bayi...
gadiz mengenali s'org hamba Allah nie yg pda gadiz memg baik, alim, sopan santun, b'budi bhsa, hormat org tua.. wlaupun gadiz tidak rapat dgnnya tapi tetap mesra dgannya..
Tba2 dia hilg tnpa dpt dikesan, m'jadi tnda tnya pada kami dis'keliling kemna dia prgi.. kuasa Allah akhirnya m'bongkarkan rpanya dia telah m'lahirkan anak.. anak? bila dia kawin.. dia kta dia bujang lagi, pakwe pun xda.. memg gadiz cukup hairan.. akhirnya setelah gadiz selidik. rpanya anak luar nikah hasil hbgannya dgn s'org lelaki... malang sekali bayi itu dibuang dalam longkang dan mati lemas.. katanya dia t'paksa buat mcm tue sbb lelaki tue xnak b'tggungjawab.. kenapa? bukankah mereka org yg tinggi agamanya? knapa t'gamak buat mcm tue? bayi tue xb'salah.. sejak gadiz tau kes tue hilang trus rsa hormat pdanya.. memg slma b'kawn tue gadiz xtau dia mengandung sbb dia sntiasa b'tudung labuh n b'jubah, malah solat xpernah tggal..
sekarg dia b'ada di dalam penjara, hukuman dari p'buatannya.. itu baru didunia, diakhirat? Bayi lelaki tue sgt comel.. smpai menitis airmta gadiz.. Astagfirllahalazim..





Gadiz cite smua nie bukanlah nk m'aibkan sape2.. tapi sekdar p'ingatan.. bukan jugak nk m'hina agama sendiri, cma pgajrannya.. meskipun org tue xtggi ilmu agamanya kta jgnlah pndg rendah pdanya, hikmahnya akan Allah tnjukkan.. Insya Allah.. dan yg tggi ilmu agamanya bukn b'makna dialah palg bgus @ baik, krana lgi tggi agama s's'org lgi kuat ujiannya, Allah igin menguji k'kuatan imannya.. Akhir kata " YG BURUK JGN DIPNDG HINA, YG INDAH JGN DISANJUNG MULIA" yg penting dri sndri.. Kerana Allah itu Maha Mengetahui.. Insya Allah..


Wednesday, February 16, 2011

Bukan Aku Tak Suka...

Salam Ukhwah...


Hai all.. mlm nie gadiz rasa brsalah pda s's'org nie.. org yg jauh dmta tpi dekat dhati.. hehe.. memg dh lma kitorang kenal tapi sbg kawan je.. gadiz tau dia suka n sayg gadiz lebh dri kawn.. n gadiz pun dh cuba nak menyayangi dia lbh dri itu.. tapi x bolh.. xtau knapa... sudah 5x dia cuba untuk semai cinta dlm hbgn kami, tapi gadiz tetap xboleh trima dia.. bukan kerana harta @ paras rupa.. tapi hati.. hati dan prsaan x bolh dpaksa kan? kli gadiz teruskn jugk hasrat dia, b'makna gadiz hipokrit.. m'nyintai.. menyayangi dia krna t'paksa n kesian.. gadiz xnak mcm tue.. gadiz xtau nak bgi kata putus apa dkt dia... cuma klu dia t'baca coretan nie.. gadiz harap dia fhm apa yg gadiz coret kan ini... sekalipun kita x b'cinta, tapi gadiz tetap syg dia n hormat dia sbg kawan yg paling baik.. dan gadiz harap dia akan dapat seorang perempuan yg cantik n baik.. sesuai ngan dia yg hensem n macho tue.. hehe... Apapun yg t'jadi.. dia tetap kawan paling baik untuk gadiz... thanks syg... :)

Monday, February 14, 2011

Suatu Ketika Dulu...

Salam Ukhwah...

Erm bosan tul ari nie.. xtau nak wat ape dah...
Dalam dok belek2 gambar lam laptop.. jmpala gambar nie... Nie gambar masa Konvokesyen tahun lepas.. terima Sijil jer.. Msa nie baru tamat blaja Sijil Teknologi Maklumat kat Kolej Komuniti Gerik... member2 yg lain ramai yg sambg study skang.. ambik Diploma.. tapi gadiz lak lum terbukak hti g nk sambg ( sbnar malas.. haha.. ).. nie lah yg sempt snap.. cuaca pnas sgt.. xde mood nak brgambar...



Dalam dewan.. selpas majlis selesai..



B'sama mak ayah yg trsyg... :)

Thursday, January 20, 2011

Kelebihan Membaca Surah Yassin


Salam Ukhwah...

RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",

iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.